Seorang
profesor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang
solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya tubuh badan
manusia mengandungi dua sel elektrik iaitu sel positif dan sel negatif. Hasil
kajian profesor tersebut mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam
solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa
kita solat berjemaah, kita diarah meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan itu mempunyai
pelbagai kelebihan.
Kajian
sains mendapati melalui sentuhan badan kita dengan tubuh badan ahli
jemaah lain yang berada di kiri kanan kita akan menstabilkan cas-cas
yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas berlebihan , sama ada
negatif atau positif akan dikeluarkan.Manakala yang berkurangan akan di
tarik ke dalam kita.
Setiap
kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar setelah badan
kita berehat beberapa jam.Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas
negatif dan positif yang hampir seimbang.Oleh itu kita hanya memerlukan
sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat
dicapai. Justeru solat Subuh didirikan hanya 2 rakaat.
Seterusnya
apabila sampai waktu tengahari kita bekerja kuat dan memerah otak,
semua casa ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak
daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih
kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
Situasi
yang sama turut berlaku di sebelah petang.Kebiasaannya, selepas waktu
Asar kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan
tenaga. Masa yang diperuntukan pula tidak bergitu lama.Maka, solat
Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan
penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Seterusnya
adalah solat Isyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita
sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu
bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak
sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan
tenaga untuk kita bangun malam(qiamullail)
Dalam
kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang
lengkap dan istimewa.Segala amalan dan suruhan Allah itu mempunyai
hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.Beliau
merasakan betapa kerdilnya diri dan bertapa hebatnya Pencipta alam ini.
Akhirnya dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.
Nota;-
Nabi
pernah merungut suatu hari...kata Nabi kalau boleh aku nak suruh org
lain jadi imam sembahyang, dan aku nak pusing sekitar Madinah siapa yg
tak sembahyang Jemaah aku nak bakar rumahnya...adakah rumah kita
termasuk senarai rumah yg Nabi nak dibakar?
0 komentar on Profesor Fizik Memeluk Islam Setelah Mengkaji Solat Berjemaah :
Post a Comment and Don't Spam!