Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di
zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga
kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi
yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli
di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.
Satu
barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus
dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya
harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa
diminta mengurangkan harganya tadi. Ditengah jalan, dia terserempak
dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi
yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi.
Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar
Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu
beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham."
"Tetapi harga
sebenarnya cuma dua ratus dirham saja. Mari ke kedai saya supaya saya
dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus
lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung
dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga
barang ini paling murah lima ratus dirham."
Tetapi saudagar Yunus itu
tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi
tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada
badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada
saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas
perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar
Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga
empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahwa dia dipihak
yang benar.
Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang
kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti
memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat
dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah
tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan
amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan
aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.
Dalam
hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap
harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya
aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu
menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima
imam kecuali imam Nasa'i)
Langganan:
Posting Komentar (RSS)
0 komentar on Kejujuran Pedagang Permata :
Post a Comment and Don't Spam!