Ada seorang perempuan tua yang taat beragama,
tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan
agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca
Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak
memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak
suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya
berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap
Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada
Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari
suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan
isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan
berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan
di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat
yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu
mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di
belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu
memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan
kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke
tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan
berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka
dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T.
menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan
menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah
terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja.
Langganan:
Posting Komentar (RSS)
0 komentar on Kisah Di Balik Membaca Bislimmah :
Post a Comment and Don't Spam!