Assalamualaikum dan salam jumaat, ramai dikalangan kita yg tidak
mengetahui kenapa diadakan solat jumaat, dan persoalan ini tidak pernah
timbul di fikiran kita kenapa adanya solat jumaat? dan ianya wajib bagi
kaum lelaki dan tidak bagi kaum wanita.
persoalan ini bukanlah utk mempertikaikan kemahuannya, tetapi sekadar
ingin mengetahui kenapa ia diwajibkan, tujuan utama solat jumaat adalah
utk menyatupadukan ummah diantara kita dan merapatkn silatulrahim
diantara kita tidak kira usia,pangkat,bangsa, mahupun harta, pada hari
ini kita dapat melihat bahawa kita adalah sama dimatanya, pangkat,
darjat dan harta hanyalah kurnia yg dipinjamkan @ diberikan kepada
mereka yg memilikinya dan ianya juga adalah satu dugaan.
sesungguhnya ALLAH itu maha kaya dan maha berkuasa dia memberikan
rahmatnya kepada siapa yg dia kehendaki. solat jumaat juga adalah
bertujuan utk kita ingat mengingati diantara satu sama lain supaya
mempertingkatkn ketakwaan dan keimanan kita padanya. kita selalu dengar
pada permulaan khutbah jumaat "mimbar ingin berpesan marilah kita
meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita pada ALLAH S.W.T"
Tujuannya mimbar selalu menyebut
perkataan ini adalah bertujuan untuk mengingatkn kita bahwa kita ini
sentiasa berada dalam kelalaian, dan tahap keimanan kita ada pasang
surutnya. kita selalu leka dan alpa dgn tugas dunia dan menyebabkan kita
lupa akan hari akhirat, disebabkan inilah kita disuruh utk pergi
kemasjid-masjid utk kita berpesan-pesanan di antara satu sama lain
supaya kita kembali ke pangkal jalan sebelum kita lebih lalai dan leka
dgn kehidupan di dunia.
Salah satu lagi tujuan kenapa
kita diwajibkan pergi menunaikan solat jumaat (kaum lelaki) adalah
kerana tanggungjawab sebagai seorang lelaki adalah sebagi pembimbing
didalam keluarga apabila kita sudah mendirikan rumah tangga kelak, nasib
ahli keluarga kita bergantung pada kita segabai pembimbing, sama ada
dijalan yg lurus mahupun terpesong dari landasan yang benar. sekiranya
kita tidak dapat berada dijalan yang benar, bagai mana kita hendak
membimbing keluarga kita??
Apakah tujuan khutbah jumaat??
khutbah jumaat mengandungi rahsia-rahsia yg terdapat didalam al-quran
dan hadith, didalam khutbah jumaat mimbar akan memperdengarkan ayat-ayat
al-quran dan hadith kepada kita, ia mengandungi maksud yang tersirat
dan tersurat, dan jgnlah kita terlepas dari mendengarnya, seelok-eloknya
kita memberi tumpuan pada setiap yang disampaikan oleh mimbar supaya ia
dapat mendekatkn lagi kita pada ALLAH s.w.t. inilahlah tujuan yang
sebenar yang hendak disampaikn oleh Nabi kita MUHAMMAD s.a.w. kepada
kita supaya kita sentisa mengingati,bertakwa dan beriman kepadanya.
sesungguhnya ALLAH itu maha
mengetahui hamba-hambanya dan dia lebih mengetahui apa yg kita tidak
ketahui, dan setiap kejadian tiada sia-sia. solat jumaat itu bermula
dari azan zohor yang pertama sehinggalah sudahnya menunaikan solat
jumaat, dan jgn lah kita melengah-lengahkn utk mengerjakan ibadah kita
dengan sengaja, sesungguhnya orang yg melengah-lengahkn utk menunaikn
ibadah adalah dikalangan orang-orang yg rugi, dan banyakkan lah kita
berselawat dan bermohon keampunan pada hari jumaat mudah-mudahan kita
mendapat keradaannya. akhir kata marilah kita mempertingkatkn ketakwaan
dan keimanan kita pada ALLAH s.w.t sesungguhnya yang baik itu dtg dari
ALLAH dan yang kurang itu dtg dari kelemahan sya sendiri.
semoga bermanfaat
0 komentar on Kenapa adanya solat jumaat dan khutbah jumaat?? :
Post a Comment and Don't Spam!