"Apabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya
terfikir: ‘Apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat
itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar
di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan,
Juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan
menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di
fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan
apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian.
Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang
berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril
bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda
Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat.
Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi
Muhammad SAW menyebut:
"..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian,
miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan
bangunan." SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah
masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda
Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat.
Saya juga menerima komen di bawah dari pengunjung portal saya berkenaan
artikel ringkas di atas (Fakta benar/salah sila pastikan semula):
1. Dalil secara Qati’ (putus-tidak boleh dipertikai) untuk menyokong dan
membenarkan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah ‘Pusat Bumi’ seperti
yang terkandung di dalam kitab-kitab Samawi spt Taurat, Zabur, Injil dan
al-Quran. Diikuti pula ilmu sains,astronomi dan geografi sebagai kajian
dan resolusi kebenaran fakta tersebut. As-Syura:8 |Al-An’am:92
2. Menyatakan bahawa Makkah al-Mukarramah adalah sebagai ‘Tarikan Magnet
Radiasi’ untuk Bumi. Bermakna tenaga semulajadi untuk jasad manusia
boleh ditambah dan diperolehi dengan cara bersujud secara bersolat.
Untuk mendapat cas tenaga ini, ciri sujud tersebut perlu betul,
selaras dan bertepatan menghadap Ka’bah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’.
Untuk menetapkan Makkah sebagai ‘Kiblat Pusat Bumi’, penetapan serta
persepakatan dari segi keadaan muka bumi, waktu dan masa yang betul
perlu diseragamkan dan dipusatkan di sini. Maka, Makkah al-Mukarramah
bukan sahaja pusat tarikan Magnet radiasi, tetapi ia juga merupakan
tarikan ‘RUH’ umat Islam untuk melaksanakan amal ibadat.
3. Menyangkal fakta barat yang menyatakan bahawa permukaan bumi ini
adalah 360 darjah. Sebenarnya ia adalah 390 darjah berdasarkan ukuran
dari ‘Pusat Bumi Makkah’. Ukuran 390 darjah ini adalah lebih tepat
berdasarkan persepakatan ahli di dalam bidang astronomi dan geografi
Islam.
4. Mengukuhkan fakta yang menyatakan bahawa Ka’bah, masjid al-Quds dan
masjid Nabawi adalah terletak di satu garisan geografi yang sama bermula
dari Makkah dan berakhir di al-Quds al-Syarif. Berbeza dengan padangan
yang sebaliknya.
Maka, umat Islam di Palestin secara khususnya menghadap ke kiblat secara
berhadapan terus ke arahnya tanpa perlu condong ke mana-mana arah.
Begitu juga arah kiblat mereka juga terus menembusi ke arah masjid
Nabawi, di Madinah al-Munawwarah. Ketiga-tiga masjid ini adalah
merupakan saranan nabi Muhammad s.a.w untuk menziarahinya kerana
keberkatan yang ada padanya.
5. Menyatukan dan memudahkan urusan waktu dan masa bagi ibadat HAJI,
tahun HIJRAH dan sambutan hari kebesaran di dalam bulan Islam khususnya
hari wukuf di Arafah yang sering menjadi perselisihan setiap tahun di
Malaysia sekiranya menggunakan sistem GMT. Berbeza dengan sistem ‘Waktu
Muslim Sedunia’ ini. Segalanya lebih baik dan tersusun.
6. Membina ‘JIHAD’ dan ‘KESATUAN’ umat Islam sedunia dari segi fikrah
‘MASA dan IBADAT’ dengan kewujudan ‘Waktu Antarabangsa Makkah’ bagi
negara-negara Islam khususnya dan negara non-muslim secara amnya.
Secara simboliknya, sistem Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich) ini
tidak lagi relevan dan sesuai diguna pakai di negara-negara Islam
kerana banyak kelemahan dan ketidakserasian waktu dan masa untuk umat
Islam.
7. Menyatakan bahawa GMT yang diasaskan oleh penjajah British ini adalah
merupakan penyata garisan secara sangkaan salah mereka tanpa fakta dan
kajian yang benar. Hal ini berlaku sewaktu penjajahan mereka di seluruh
dunia pada tahun 1884 dengan menetapkan waktu di setiap negara-negara
jajahan mereka adalah berdasarkan waktu dan masa di Britain. Ia
bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran dan pengurusan politik
mereka dengan negara-negara tersebut.
Oleh itu, garisan panjang permukaan bumi Makkah bertepatan dengan
garisan utara Magnet iaitu bersamaan ‘0′ darjah berbeza dengan
penyelewengan yang telah ditetapkan oleh mereka berkenaan GMT iaitu
dengan purata 8.5 darjah. Begitu juga di negara-negara selain Britain,
sama ada ia berlaku penambahan atau pengurangan ukuran darjah permukaan
bumi.
Ini menyebabkan ketidakstabilan untuk umat Islam bagi menentukan arah
kiblat dengan lebih tepat. Oleh sebab itu, GMT tidak sesuai lagi untuk
dijadikan sebagai pegangan ‘MASA dan WAKTU’ penduduk dunia amnya dan
negara-negara Islam secara khususnya sebagai pengurusan harian hidup.
Bahkan Makkah al-Mukarramah adalah merupakan tumpuan dunia serta
fokusnya adalah kepada Ka’bah al-Musyarrafah.
8. Menyahut seruan Allah s.w.t untuk bersatu dan bersistem dalam soal
kehidupan manusia berdasarkan wahyunya di dalam al-Quran berkenaan isi
kandungan surah al-A’sr (Demi Masa).
Wallahu A’lam.
loveloveislam.com
0 komentar on Tanda Kiamat di tepi kaabah :
Post a Comment and Don't Spam!