Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala seperti
wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu
menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang
seorang penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk
syair. Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan
wanita yang terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia
pernah bersyair mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :
"Setiap
mega terbit, dia mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih
teringatkan dia setiap mega hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana
terlalu ramai orang menangis di sampingku ke atas mayat-mayat mereka,
nescaya aku bunuh diriku."
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian
dan kepandaiannya bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat
para pejuang Islam. Ia mempunyai empat orang putera yang kesemuanya
diajar ilmu bersyair dna dididik berjuang dengan berani. Kemudian
puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang demi kemenangan dan
kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi agar
jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.
Pada tahun 14
Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur
untuk menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah
dikerahkan untuk menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai
41,000 orang tentera. Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya
agar ikut mengangkat senjata dalam perang suci itu. Khansa sendiri juga
ikut ke medan perang dalam kumpulan pasukan wanita yang bertugas merawat
dan menaikkan semangat pejuan tentera Islam.
Dengarlah nasihat
Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar lagi akan ke medan perang,
"Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan rela hati. Kemudian
kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada tuhan selain
Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang
lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku
tidak pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah
merendahkan keturuna kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan
kamu. Kamu telah tahu pahala yang disediakan oleh Allah kepada kaum
muslimin dalam memerangi kaum kafir itu. Ketahuilah bahwasaya kampung
yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang binasa."
Kemudian
Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang bermaksud, "Wahai
orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran itu, dan
teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga menjadi
orang yang beruntung." Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar
nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, "Jika
kalian bangun esok pagi, insya Allah dalam keadaan selamat, maka
keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu. Gunakanlah semua
pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu melihat api
pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan yang
sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya
ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya
mendapat balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal."
Subuh
esoknya semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang
masing-masing untuk mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh,
kemudian berdoa moga-moga Allah memberikan mereka kemenangan atau
syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima besar Islam telah
memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan perang
berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga
bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan
tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat
tentangan hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .
Putera-putera
Khansa maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan
nasihat dari bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil
mengibas-ngibaskan pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
"Hai
saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu, telah
memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang
keluar dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita
buktikan sedikit masa lagi."
Kemudian ia maju menetak setiap musuh
yang datang. Seterusnya disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang
setiap musuh yang mencabar. Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,
"Demi
Allah! Kami tidak akan melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya
wajib ditaati dengan ikhlas dan rela hati Segeralah bertempur, segeralah
bertarung dan menggempur mush-musuh bersama-sama Sehingga kau lihat
keluarga Kaisar musnah."
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan bersyair,
"Sungguh
ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang Beliau telah
menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang Itulah
nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya
sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk
mempertahankan diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di
dalam hati Atau tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang
abadi."
Akhir sekali anak keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan semangatnya ia pun bersyair,
"Bukanlah
aku putera Khansa', bukanlah aku anak jantan Dan bukanlah pula kerana
'Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak membuat tentera
asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay, dan
musnah mangsa oleh senjataku."
Bergelutlah keempat-empat putera
Khansa dengan tekad bulat untuk mendapatkan syurga diiringi oleh doa
munajat bondanya yang berada di garis belakang. Pertempuran terus hebat.
Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan kacau kerana pada mulanya
tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan hadapan, sementara
tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan lasak itu.
Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan memanah
mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan
menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang
lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan
mereka. Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya,
akhirnya mereka lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh
pasukan Islam hingga air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah
teruk, dari 200,000 tenteranya hanya sebahagian kecil saja yang dapat
menyelamatkan diri.
Umat Islam lega. Kini mereka mengumpul dan
mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung menemui syahid
di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan daripada
7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa.
Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa
memberitahukan bahwa keempat-empat anaknya telah menemui syahid.
Al-Khansa menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak
bergoncang. Al-Khansa terus memuji Allah dengan ucapan,
"Segala
puji bagi Allah, yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan
aku mengahrapkan darii Tuhanku, agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka
di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya!"
Al-Khansa kembali
semula ke Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan
meninggalkan mayat-mayat puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari
peristiwa peperanan itu pula wanita penyair ini mendapat gelaran
kehormatan 'Ummu syuhada yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati
syahid."
Langganan:
Posting Komentar (RSS)
0 komentar on Cinta Ibu Kepada Anak2nya :
Post a Comment and Don't Spam!